Thursday, 28 November 2013

cakaplah apapun.

cakaplah,
cakap selagi sehabis daya,
selagi aku mampu,
aku akan cuba tutup telinga,
serapatnya.

katakanlah,
biar kau malu sendiri,
sedang aku simpan ketat yang haq,
kau tebarkan yang batil,

cakaplah,
cakaplah yang sia-sia itu,
aku masih tak buat apa-apa,
sementara kau bazir saliva,
bazir masa hakis perasaan aku,
adil,
kau letih,
aku sakit,
selagi aku mampu,
akan ku biar,
biar tanpa peduli.

hamburkanlah,
hamburlah kata-kata lancar berbaur longkang itu,
hanya yang bodoh sahaja yang menghidu,
aku masih tak buat apa-apa,

namun,
tiba giliran kau,
untuk kau pulak tutup telinga,
sedang aku berkata indah pada penghina,
biar cair tahi telinga,
aku akan,
katakan,
sejujurnya,
sehikmahnya,
sampai aku puas berkata-kata untuk kau bisu selamanya.


Sunday, 24 November 2013

Kini dari sudut realiti.






bagi aku kalau hidup bertuhankan duit,
tak mustahil akan banyak lagi kes tembak2, bunuh2, bakar nie,
nauzubillahiminzalik,
minta jauh ya Allah.
ya, hidup mesti berduit supaya keperluan kita dapat dipenuhi,
tapi kalau sebab duit manusia bertekak sesame sendiri,
sebab duit manusia hilang kasih sayang  and perikemanusiaan,
nak buat ape?
hilang purpose azali objek bernama duit!
purpose azali wang pada aku adalah bila,
seorang ayah belikan mainan untuk gembirakan hati anak dia,
seorang ibu tersenyum puas bile dapat jaga makan pakai sang suami dan anak2,
dapat hasil titik peluh halal untuk keperluan diri,
tapi sayang bila sesetengahnya,
bila nak duit,
hanya peduli akan mata manusia yang memandang,
namun tolak tepi kuasa ALLAH swt yang MAHA MELIHAT,
takut pada CCTV,
tapi tak pernah terdetik pada ALLAH swt sang pencipta.
yang haram dibanggakan,
yang halal jarang singgah di telinga,
ya ALLAH suburkan rasa kasih sayang dalam kalangan kami, hamba2mu,
ampunkanlah dosa2 kami, yaALLAH AlGhaffur.
amiin.





Thursday, 21 November 2013

Lalang


Aku bak lalang,
meliuk lentuk ditiup bisikan zahir,
kata orang tak terhalang,
semua aku hadam,
kadang aku bijak,,
kadang aku bodoh tak kena tempat,

Islam kata 'Berkatalah benar waima pahit',
namun kadang aku lupa,
kadang aku nyanyuk,
teruk, sampai lupa tunjang,
akar lupa tak teguh kehidupan,
mulut memanifestasikan keadaan,
ya, itu bodoh,
betul, itulah lalang,
pendirian hilang,
kadang prinsip tak nampak bayang,

persis bertanya perihal rasa,
jauh nak membayang,
lagikan nak memahami,
rasa, mulut kena rasa,
barulah tergambar rasa,
ilmu mesti selalu dalam,
baru pendirian wujud,
baru teguh prinsip,

jangan jadi macam lalang,
tempat berpijak nan satu,
kadang arah berpecah beribu.

Wednesday, 20 November 2013

Tasha Manshahar - Cuba Teka?

This real-life sketsa takes place few days back when my kakak was driving and both of us was listening to this Tasha Manshahar's song (which bertajuk "cuba teka").

aku : Lagu ni tajuk die "Cuba Teka". 
( aku tak soal die pun, aku just katakan tajuk lagu tu)

kakak : "ntah." 
(Ttibe 'ntah'. ntahpape tah :D)

aku : "ape yang entah? orang cakap, lagu nie tajuk die, cuba teka."
 (which for her, she had imagined that a question mark comes after the word 'cuba teka' which made the statement sounds like a question :D)

kakak : "hish, akak tak tahu lah!akak tak pernah dengar pun lagu nie, macamanala aku nak tahu tajuk die"
(aku siap kena tengking lagi haaa tp aku pulak tgelak2 menyaksikan ke'silly'an die, and die buat muka camni (=..=) sambil blur tengok aku gelak tak cukup nafas. hahaha)

aku: hoi kak ila, tajuk lagu nie "CUBA TEKA" lah.
kataku sambil isyarat (" ") using both hands.

kakak : oh eyh?
(tak pasal2 aku kena marah. malulah tu :D)

tujelahh pun citenye (aku je pun bace blog nie. haha) BYE!