Thursday, 30 January 2014

Hati yang terhijab.


Hatiku ini terhijab,
kau tak nampak apa isinya,
namun hati aku hanya aku yang rasa.
hentikanlah,
hentikanlah mentafsir melihat yang zahir,
sebab kadang-kadang yang tersirat itu indah,
yang tersembunyi itu tak menyakitkan kau,
senyum aku, tangis aku,
biar ditanggung aku seorang,
kau kata kau sayang, namun kau tambah luka,
luka dalam hati yang terhijab,
tak siapa nampak,
mengalirnya darah,
tak siapa sedar,
hati ini amanahku olehNYA,
aku takut ia tercemar dengan hasad sengki terhadap kau,
sebab aku sayang, aku simpan,
simpan dalam hati yang terhijab.

Sunday, 26 January 2014

Travelog si MabukDarat: Mesir Part II

Assalamualaikum wbt :)

lets continue our pengembaraan kat bumi Mesir yang indah ini :)

around 5am waktu mesir camtu kami bkumpul kat depan Hotel and solat jemaah kat depan lobby hotel (mengikut perancangannye kami kena bkumpul kat lobby pkl 3am sbb nak start mdaki untuk tgk sunrise) tapi dsebabkan ada yg tljk tdo, kami start mdaki waktu matahari dah naik) takkisahlahkan asal dpt jejak puncak tu :)

my family :) takyah cari aku dalam pict nie sbb aku photographernye :D

alhamdulillah dlm pukul 630 pg kami start berjalan. nak tau jarak die nak ke puncak? 22km tau tak! tp dsebabkan semangat juang dan rasa akan rugi kalau tak naik, kami ttp gagah mendaki! Malaysia Boleh! 

aku mendaki dengan penuh semangat bersama  2 sepupu and mektam ku yang tercinta. yang lain ntah mane ntah. ada yg ttinggal kat belakang, ada yang dah pecut dulu. kami coool je, steady je :D

dari kiri: yah(cousin), Mektam, Sofea (cousin).
ce nyanyi lagu tu sikit "sama-sama gunung didaki, sama-sama ..." :D
nak cakap memang tak boleh laa kan betape cantiknye pemandangan kat situ. subhanallah alhamdulillah allahuakbar je yang mampu diucap. so, meh layan je koleksi gamba2 ni. :) :






sesiapa yang macam dah tak larat nak mendaki tu bolehlah naik Unta ni. Harga die lebih kurang RM50 jugaklah.mula2 naik tu memang gayat, tapi bile dah pandai stabilkan diri, dont worry, it'll be okay :)



nak mendakinya tak la susah sbb kita rase macam jalan2 je sbb jalan die rata je bukan naik turun naik turun tapi quite mencabar sbb ada pemukaan dia berbatu2 kecil so kemungkinan nak terpeleot tu memang tinggi lagi2 kaki size 4 dan xstabil macam aku. heeeee~



kat sini perkataan yang seringkali diucap oleh pendaki2 amatur macam aku adalah "hadoiiihh rehat kejap rehat kejap" , "bile nak sampai nie" , "alaaa, jauh lagi lah" :D tapi yang penting kaki tetap melangkah :D
kat sini korang akan terserempak dgn foreigner macam korean, american, indonesian and others sbb kat puncak tu ada Gereja jugak. tapi despite the various religion, dorang nie tak lokek bagi semangat kat ktorang yang tengah mendaki nie, bile nampak aku yang termengah2 nie, dorang akan cakap,

 "hey you can do it",
 datang yg indonesian pulak, "kamu dari Malaysia  ya? kamu boleh, sikit sahaja lagi"
mak aku tserempak ngan korean siap boleh anyong2 lagi kat situ :D

sebab korang comel aku bagi hadiah video kat korang :D :


kat sini ada pitstop2 die, ade lebih kurang 7 pitsop kott. kat pitstop ni ada jual air mineral, maggi, hot chocolate dll. memang masyaALLAH best giler biler sejuk2 camtu dpt pekena maggi n hot chocolate kat situ. tapi harga die sgt  tinggi melambung. maggi atas gunung kott, mane nak cari. kalau maggi kat pitstop nie harganya RM 7.50 laa bsamaan 15 Gurneh.

haa~ nampak tak betape sedapnye smpai muncung2 makan :D
okay bile dah kenyang, yuk teruskan perjalanan ke puncak!! okay next path sebelm nak smapi puncak ni sgt mcbr sbb die mcm tangga yang quite curam yang dperbuat dr batu2 macam gambar bawah nie :

angin kat sini kuat plus sejuk so mmg thuyung-hayang bile mdaki tangga nie. so, kena berhati2 :) 
okay bawah nie pulak gambar2 aku amek waktu kat tangga2 tsebut and waktu nie aku rase nak jerit "ALIAH KAU DAH NAK SAMPAI PUNCAK!! :D waktu aku sampai sini nie around 10.30am.



nampak tak pokok hijau 2 batang tu? tu perkampungan Nabi Ilyas.
sepanjang mendaki, tu jelah pohon hijau yang ada kat  situ. subhanallah :)


after 30minutes mnaiki tangga diselangi rehat selang 5 minit akhirnya!!!!!!!

I'VE MADE IT!!!! 
(joget2 sin chan)

start mendaki around  6.30 am and smpai puncak dalam pukul 11am. okaylaaa kan 3hours and 30min utk pendakian spnjg 22km. :)


gambar2 bawah nie sume time atas puncak Tursina :)
beloved abah and adikku, shirot <3

aku dan shirot dan pemandangan magnificent ciptaan Allah :')

the zainal's! waktu ni ingat kan mak tak naik so kami bergambar berempat je laah.


l.o.v.e

akhirnya selepas 2hours tunggu, mak den smpai ke puncak dengan jayanya.
 this was her 2nd time naik, so mcm tak ralat sgt laa kalau tak naik.tp wanita bjiwa muda macam mak aku nie,
5kali pun sanggup naik walaupun she is the last to arrive :D Haa~ tgk tu, Peace siapp :D
mak pakai cenggitu dah rupe astronout dah. hihi. love u mak!

complete! pendaki2 the zainal's :)
sebenarnya kat atasni la Nabi Musa a.s berkhalwat or bermunajat kepada Allah. another moment yg rase nak nangis.. sbb aku kat tempat yang pernah dijejak Nabi Musa . Kat tursina ini jugaklah Nabi Musa a.s terima wahyu pertamanya.  dan, di gunung inilah Nabi Musa a.s telah membuat permintaan untuk melihat Allah s.w.t secara terus namun sewaktu Allah swt menampakkan diriNYA, gunung-ganang menjadi hancur lebur manakala Nabi Musa a.s jatuh pengsan.


Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman"
 (al-a'raf:143)

tu batu, nampak tak macam ada something atas batu tu? org kate, nie orang kate,
 batu ini adalah serpihan gunung yang hancur tu and kat atas batu itu adalah bayang2 pokok2.
 Allah swt yg tahu kebenarannya.



Bayangkanlah rase terharu sebak happy sume bercampur bak A.B.C.astaghfirullahalazim ampunkan segala dosa2 aku ya ALLAH. kecik sekecik2nya bile ada kat puncak tu. waktu ni dah tak ramai kat atas puncak sbb ramai dah turun n balik hotel, so ada hikmahnya smpai lambat sebab kita boleh solat kat tempat Nabi Musa bermunajat tu banyak kali. waktu aku naik, aku sempat wat solat sunat 2rakaat and alhamdulillah sbb tak ramai dah atas tu, aku bpeluang buat solat zohor. terima kasih Allah :')


aku, mektam n Pakteh's family  tgh tunggu giliran nak masuk tempat munajat Nabi Musa.

waktu ni, pagar hitam tu bermangga, so dengan kaki cramp duk mendaki, terpaksala memanjat. hihi.

aku n mektam selesai solat sunat. kat dalam ni kena solat duduk sbb tak cukup ruang nak bdiri.
kat dalam tempat Nabi musa bmunajat.
pastu kat atas ni ada gereja.

yang korean n omputih2 yg aku tserempak waktu nak mdaki tu, dorang gi sini la.
sebelum turun dari puncak, jom tangkap Family Photo!

aku, family aku, mektam and family pakteh :) family pakndak, family paklang and Yah
dah turun dulu.kalau tak dah complete dah.  :) yang batu2 abah aku bersandar tu adalah surau.
okay latarbelakang lain pulak.
okay around 2pm camtu kitorang turun untuk balik hotel. so dari kol 11 sampai pukul 2 aku duk situ.3 jam yang sangat bermakna :) okay, turun maknanya another 22km.fuhhh~ kat atas ni sangat sangat sejuk,  peti ais kat umah pun kalah. udahlee sejuk, angin kuat pulak tu.kesejukan yang melampau buat hidung cramp *ade ke hidung cramp?* sbb kite kena hirup udara yang sangat sejuk dan hingus pun kena dilap setiap mase. tissue kena bawak satu kotak tau. hihi. abah den punya topi dah melayang ke bawah sebab angin kuat sangat. badan pun dah menggigil, moh le kita turun.

adek den.

budak ini dan rehat selang 5mnt, bpisah tiada.



HotChoc at pitstop :) yummeyhh!


another family photo!








pastu around 5pm dah nak Maghrib tu baru sampai bawah, pastu naik van, masuk hotel and terus tidur. pastu terjaga around 1am baru tersedar xsolat maghribn isyak lg. nsib baik masih dalam keadaan musafir :)

esoknya kami berangkat pulang ke Ibrahimiyah and it takes another 24 hours okay?! sebenarnya it wont takes a day to arrive, tp dsebabkan Tursina nie bersempadan Palestin, so jalan yang dekat pantas ditutup atas faktor2 keselamatan. so, theres no choice :)

 sebelum balik, kami singgah dekat :

1)Lembu Samiri
patung anak lembu inilah yang telah menjadi sembahan kaum Nabi Musa.

nampak tak? 

ni gambar dari jarak dekat. pinjam google image punye. nak kena wat citation ke ? :D
2) Makam Nabi Harun a.s
Makam Nabi Harun nie terletak tak jauh dari lembu Samiri. 

yang orang duk beratur panjang tulah Makamye:)

cantikkan langit tu :) subhanallah.


3)12 mata air

"Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya , lalu kami berfirman: "pukullah batu itu dengan tongkatmu, lalu terpancarlah daripadanya 12 mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku kaum kamu telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi ini dengan membuat kerosakan" 
(albaqarah:60)

nampak tak garis banyak2tu? ada 12 kesemuanya. haa dr situ
 la air keluar tp now dah kering :)

4)Makam Nabi Soleh a.s

Kesayangan.

masing-masing tak melepaskan peluang masuk. alhamdulillah.

tu diaaa. rombongan cik kiah. :D

the cousins.yg ganjil kat situ, aku. yang sweater grey tu adik aku.
n yg lain is my cousin.

dan 24 hours kemudian, kami tiba di Ibrahimiyah........