Wednesday, 15 January 2014

penyakit ke?

assalamualaikum w.b.t :)

post kali ini cume nak kongsi or curahkan pengalaman berkaitan penyakit (?) aku. alhamdulillah spnjg 20 thn aku hidup, jarang2 sekali aku demam. bukan cakap besaq tapi nak bgitau kuasa Allah yang nak hamba2nya bersyukur dan menghargai ape itu sihat :) tapi bila dah sekali demam, haaa, kritikal rasenya :D.


tapi Allah SWT itu adil. :)


walaupun aku jarang demam, tapi Allah uji aku dgn penyakit hmm not really penyakit but more to 'ketidakselesaan'kot.aku nie suka berjalan, tapiiii...

sejak aku kecik lagi aku nie memang lekas pening dan loya kalau duk dalam kereta. bak omputih kate 'motion sickness' or 'carsick'. seriousnye penyakit aku nie sampai abah aku bwk jenjln kat taman perumahan pun aku boleh muntah dengan rakusnya. eww yes! memang euw. :D . pastu kalau nak jln jenjauh tu, belum pun masuk kete, time tgh siap2 tu, aku boleh muntah sbb aku tbyg bau kereta plus jln yang macam ular kena palu!

so, setiap kali before nak mulakan perjalanan, the crucial thing my family will ask/ingatkan is :

"kau dah bawak plastik?"
"aliah,  gi ambil plastik dalam laci dapur tu".

pastu mmg rase sgt tak selesa dlm kereta tu,

mood pun hilang,
org lain duk gelak ketawa dlm keta,
aku duk kawal kepeningan and be real cautious supaya tak muntah.
pastu semua org taknak duk sebelah aku sbb takut kena semburan :D
siapa buat pasal ngan aku dalam kereta, aku akan ugut : "kang aku muntah kat kau karang" :D. haa rock tak gua? bukan calang2 org boleh ugut camtu :D


cara aku nak hilangkan mabuk darat :


1)pastikan duduk kat tempat yang kita pasti kita dapat wide view/pandangan yg luas n jauh.

 so kalau kau duk menghadap kepala driver yg sejengkal dr muka tu, insyaallah la kau akan muntah. pandangla segala flora dan fauna yang ade kat luar tu, and elakkan jd ulat buku dalam kete and elakkan jd antisosial dlm kete dgn mhdp smartphone tu ye. mase nie lah kau nak tgk pokok2, lafaz subhanallah alhamdulillah allahuakbar dgn menonton live segala ciptaanNYA sambil menikmati lagu2 di corong radio.

2)aku makan ubat. heee

 mak aku memang marah aku makan ubat nie sbb  tak elok kalau bergantung sgt kat ubat nie. First time aku jatuh cinta ngan ubat nie adalah waktu aku gi Medan, Indonesia. kau bayangkan dr bandar medan nak ke Danau Toba yang indah tu mengambil masa 5 jam?! dengan jalannya masyaALLAH sgt bumpy. sampai restoran,aku duk menggelabah cari toilet, bukan nasi yang aku terkam dulu :D.  pastu malam tu, jenjalan pastu hati terdetik nak tanya kat satu toko ubat nie, tuptup ade jual. mula2 makan tu, suspen la jugak kan, betul ke tak no pdftrn ubat nie, sah ke halal ke kan? tapi alhamdulillah ok. dia punya effect sgt lah best sbb kita akan rase mngantuk dalam kete and akan tidur sepuas2nya pastu bile smpai destinasi rse segar n boleh gelak2 n enjoy. kalau xmkn ubat, memang rase n nmpk diiri sendiri mcm sayur layu, lembik je. org lain duk lari2, aku termenung mengenang nasib :D. tapi bile aku makan ubat nie aku akan rase haus ans asek lapar je :D taktaulah sbb memang selera ke or sbb mmg sideeffect die :D


nie ubat aku beli kat Medan.



nie yang aku duk makan sekarang. beli kat farmasi.
nama ubat nie adalah DIMENHYDRANATE and aku makan yang 50mg  punye. haritu duk beli 100 mg per tablet pastu telan 1 tablet smpai tak mampu nak bukak mata sbb overdose :D so, kalau korg terbeli yang 100mg per tablet tu eloklah makan half je ye :) and makan 30 minutes before depart :)

3)Travel wristband


nie pakcik aku yg introduce kat aku iaitu Travel Wristband, cara nak pakai adalah dengan placing ur 3 middle fingers on the inside of the wrist yang macam gamba kat bawah nie :
ini antidrug and sgt selamat digunakan :) . so, kalau korg tekan bulatan putih tu korang akan exert pressure kat Nei-Kuan point and the pressure kat point tu akan mengurangkan mabuk korang. :)

4)minyak angin or minyak aromatheraphy.
kadang2 ade org yang tak mabuk pun boleh jd loya and pening sbb bau kenderaan. so bawaklah minyak angin ke minyak cap kapak ke minyak cap cangkul ke utk kurangkan bau2 kurang menyenangkan tu. ad skali tu aku nak balik bentong from machang, bas bau mcm ikan busuk tau. nasib baik aku memang prepare minyak dlm beg. pastu sapu kat hidung n kat kepale. rase nak offer je kat org sbelah sbb nmpk die tidur tutup hidung. tapi maluu pulak :D aku gune ubat nie : 
 bau die xlah strong sgt, pastu die sgt refreshing rase sejuk je bile letak kat kepala. :)

itujelah dapat kongsi. :) dalam family aku, aku mmg tkenal bab2 mabuk darat nie. haha. tapi mereka sangat supportive and bagi macam2 tips such as makan ubi la, ikat tali kasut kat kepala la, mace2. tapi aku mmg takkan praktikkan tu :D. kadang-kadang orang gelakkan je, tapi siapa nak rase xselesa time holiday kan? orang duk mkn macam2 kat rnr, kite nak tenung makanan pun tak lalu sbb pening n  rase nak muntah menguasai diri. :D so, sape yang senasib ngan aku aku tu, meh sini, *hug*. :D





No comments: