assalamualaikum.
16 April 2020 genap 2 tahun aku berkhidmat di sini. bercampur suka duka, bergilir pengajaran dan penguat semangat.
ingat lagi mula-mula lapor diri, diri penuh semangat waja nak memulakan tugas.
Pengalaman 2 kerja yang bagi aku tak berapa nak best buat aku kuat and tekad semangat untuk terima tempat dalam sektor kerajaan ni. "Aliah, walau apapun jadi, kau kuat kau boleh kau akan belajar dan kau akan sabar.Allah ada, Allah ada.".
16 April 2018 aku lapor diri kat HQ. Jumpa bos negeri dan ditempatkan di sebuah daerah yang sungguh aku tak familiar sepanjang aku hidup.
masa aku lapor diri masa tu jugalah aku tahu tempat posting.
bayangkan dalam tempoh 2 jam nak ke tempat posting tu , aku google rumah sewa. alhamdulillah mudah sangat ALLAH bantu.
sesampainya aku kat sini, alahai aman damai sungguh kereta tu berapa buah je lalu lalang. pusing-pusing tetap akan sampai tempat sama. kecil dan comel je.
dah settle rumah sewa esoknya baru lapor diri kat pejabat. dengar amanat pengarah yang panjang lebar dan terus masuk ofis.
bergelar ketua unit bagi pandangan orang best. tapi bagi aku bahu ni berat tersarat beban. mana nak jaga staff , mana nak jawab orang sana sini, mana nak jaga aset , mana nak achieve kpi lagi etc etc..
at this point sikit2 aku hilang sikap main-main dalam diri aku. buat aku lagi matured buat aku lagi berharap kat ALLAH swt. semua orang sampai masanya akan rasa macam ni percayalah.
nak dijadikan cerita, 3 bulan after aku start kerja, office kena audit besar-besaran.
kemon weh. ofis pun aku belum kenal luar dalam nikan lagi nak kena menjawab tentang semua benda yang aku tak familiar langsung?!
sumpah ni the part 1 : the darkest day of career. haha
kena audit blablabla , kena soal blabla. pastu turn out, dapat result 'GAGAL'. means semua gagal sebab unit aku. see ketua unit apa macam ni??
lepas dapat result, rasa macam ada dark spirit menyelubungi aku.
again ni the part 2 : the darkest day of my career.
alhamdulilah reaudit, dapat keputusan 'LULUS'.
Setelah rasa terhenyak dan nak lari ke gua yang paling dalam dan kelam dalam dunia ni. Biiznillah, aku bangkit. ( macam cerita hindustan pula hm 😆).
tak mudah memang tak mudah untuk kita nak keluar dari comfort zone kita.
kita akan rasa mampu ke aku ? kalau macamni macamana? kuat ke aku ?
nak give up tu memang tak terkira la brp kalinya. tapi tulah.
kita actually bukan nak give up kan? kita perlukan sikit masa bertenang dan buang toxicity dalam hari2 kita kan?
take your time. lepastu insyaAllah Allah swt bantu kita bangkit semula.
begitulah selalunya. nak give up. rehat. nak give up lagi . rehat dulu. okay?
lama-kelamaan , perasaan nak give up dan bangkit semula tu la perlahan-perlahan akan bentuk kita jadi lagi kuat hebat dan berjaya. sabar ya.
dah kerja ni buat aku belajar untuk let everything flow sambil doa minta ALLAH bantu.
dan aku sedar 'hidup ini adalah pilihan. dengan syarat tanpa 'tapi''. maksudnya?
JANGAN MACAMNI .
"aku nak kurus lah. TAPI aku tak boleh la tengok blablabla"
"aku nak pakai tudung. TAPI nanti muka aku bulat"
etc etc etc.. Pilihlah jalan hidup yang baik tapi dengan syarat jangan ada perkataan 'Tapi'.
susah kan? tapi tulah everything is possible. semua benda ada consequences awakk . cuma berani tak berani je nak keluar dari comfort zone yang cozy tu.
Buana ALLAH ni luas sangat. jangan lah kerana terlampau selesa kita nak tutup potensi diri kita dan nak tutup pintu ilmu kita kan?
macam merapu je . tapi asalkan lega hati ini mencurah isinya. haha
sampai sini catatan insan hina ini yang tak sempurna dan penuh khilaf. May ALLAH swt bless us. amiin ya rabbal alamin.