rasa letih , lelah , nak give up tu sentiasa ada. bohong kalau takde.
dibentangkan dengan rutin yang sama setiap kali celik mata, adakala rasa macam kena gam dengan tilam. payahnya nauzubillah nak bangun mulakan hari.
bingkas menggeliat dan bangun membersihkan diri. badan dah kebal dengan air pagi yang sejuk.
solat . adakalanya masih tersengguk. belum sedar sepenuhnya.
banyaknya khilaf diri. kenapa aku macam ni? muka ku sapu. mengharap secebis ihsan dari Maha Esa buat insan hina ini.
pakai skincare & sedikit lipstick supaya muka nampak berbunga & tidak menyerupai zombie kelaparan.
mekap pun xsudi nak lekat. hanya pelembap & sunblock je buat ikhtiar pencegah kedutan menjelang tua.
ngeee. senyum pada diri. kata "aliah boleh!" . ya rabb permudahkanlah setiap hariku.
sampai ofis. alhamdulillah parking bagai mengalukan aku . banyak tempat kosong.
jalan dengan yakinnya sambil tegur adik guard & berselisih dgn staff yang baru habis shift.
"keje malam ye? nak balik dah? nak ikut." sapaku berbasa-basi.
"haha mehlah cik aliah". balasku dengan gelak kecil. lapang rasa dada.
banyaknya khilaf diri. kenapa aku macam ni? muka ku sapu. mengharap secebis ihsan dari Maha Esa buat insan hina ini.
pakai skincare & sedikit lipstick supaya muka nampak berbunga & tidak menyerupai zombie kelaparan.
mekap pun xsudi nak lekat. hanya pelembap & sunblock je buat ikhtiar pencegah kedutan menjelang tua.
ngeee. senyum pada diri. kata "aliah boleh!" . ya rabb permudahkanlah setiap hariku.
sampai ofis. alhamdulillah parking bagai mengalukan aku . banyak tempat kosong.
jalan dengan yakinnya sambil tegur adik guard & berselisih dgn staff yang baru habis shift.
"keje malam ye? nak balik dah? nak ikut." sapaku berbasa-basi.
"haha mehlah cik aliah". balasku dengan gelak kecil. lapang rasa dada.
bismillah. buka pc, pasang asmaul husna, baca the star. begitu rutin aku setiap hari supaya pagi-pagi tak lupa kebesaran ALLAH swt serta update diri dengan isu semasa.
baca dan baca...
banyaknya manusia pelik atas muka bumi ni.
kenapalah kejam sangat buat macam tu?
apalah agaknya faedah kalau bersikap tamak kat dunia?
lepastu tuding pada diri sendiri sambil kata "aliah, jangan jadi macam ni ya?". ya ALLAH ya khaliq ya rahman ya rahim jagakanlah minda hati diri dan semua yang kau ciptakan ini dari perkara yang kau murka. tolong aku ya ALLAH sungguh aku tak tahu apa-apa"
mula buat kerja hakiki.
tengah fokus dan dedikasi tiba-tiba telefon berdering.
"hello, ni nak mengadu la sikit. kenapa ya blablabla. tahu tak nanti doktor nak guna blabla?"
"oh yeke. nanti saya maklum semula."
kerja hakiki yang pending tu biaq pi sekejap. cari solution pula untuk masalah 'pengadu' sebentar tadi.
tanya orang tu & orang ni, corner kat sini corner tang sana.
phew. penuh ragam masam manis masin umat manusia.
okay. selesai masalah pengadu.
sambung buat kerja hakiki..
"cik aliah, saya nak keluar kejap, mak kepada atuk jiran saya punya anak minta hantar ke sekolah."
haihh. apa lagi laa.
"pergi. saya bagi 15 minit je. isi buku keluar"
sambung buat kerja hakiki.
"cik aliah. Tuan ni masih tak settle LP dia. Dah exceed hari keberapa ni. tak capai la KPI kita bulan ni."
*facepalm ( org atasan pun manusia :) husnuzhon ku tahap pertama.)
capai telefon.
"hello tuan , maaf ganggu . tuan ada 1 lp tak settle.bila boleh buat ya? customer dah call tanya."
"oh ye ke. petang nanti pukul 2 saya datang buat."
"ok."
sambung buat kerja hakiki.
buat surat nak minta tandatangan boss. jumpa boss.
"hah aliah. apa macam dengan apa yang saya suruh buat haritu?"
"okay je." (padahal tu kerja orang kott orang asal tanya kat aku??)
"saya selagi benda tu tak settle. saya salahkan kamu lahh".
"baik boss." (ikut sukalah boss nak buat apa. penat)
tengok jam pukul 330 pm.
" hello tuan . where are you? kata nak dtg buat?"
"oh sorry . tadi ada hal blablablabla.pukul 4 saya datang."
dasar janji dicapati. buat aku lapar je petang-petang ni.
pergi toilet.
"eh aliah. kenapanya kurus sangat. siannya tengok."
"haha buat apa nak kesian. saya makan mcm akak.okay je".(kesian pula tengok badan akak 3 kali besar dari saya. hmm takpelah asal akak bahagia.)
sambung buat kerja hakiki.
tengok jam pukul 415 pm.
"hello tuan. dah pukul 415pm kata nak datang. mohon jasa baik tuan ya"
dasar manusia. pheww. kataku dengan sabar yang masih bersisa. husnuzhon pun dah melayang ntah ke mana.
500 pm. dan Tuan yang dinantikan tapak kaki pun tak dengar apatah lagi nak tunggu muncul batang hidung.
selesai jam bekerjaku.
sampai rumah . solat asar & masak & makan. yummy !
jadi apa yang dapat disimpulkan disini adalah dah dewasa
1) kita ada masalah global kena fikir. (setakat masalah 'kenapa aku kena bluetick' sila letak tepi ya)
2) kita susah nak percaya orang sekeliling. (unless if we know them already. plus if the person in the same shoes mcm kita. tapi banyak je wak kes tikam belakang.)
3) penat berdebat. (orang tanya "kenapa?". kita pun jawab . lepastu ehh dia kata kita bagi alasan. ehhhh.) malas dah.
4) kita dah takde kawan. ( sakit kan dengar?) its either kita yang lari jauh atau kita yang ditinggalkan.
5) kita lupa gelak kita macamana. (haha akulah tu. bila gelak terus rasa. dudeee! its been ages. hahha)
6) family and home are everything. (walau kau dilanda masalah besar buana pun, dan walau hati kau berat bertan-tan membawa kerunsingan, kau akan jadi diri kau bila kau kat rumah. as pure as you originally are.)
7) penat memendam rasa (aku juga la ni. aku tak reti nak cerita hal sedih aku. rasa remeh temeh banding masalah org lain. plus i know i will cry a river kalau aku cerita. i wont tell because i want to act tough infornt of people padahal semua orang nampak aku tak kuat hahaha buang masa je.)
8) Financially expert. (tiba-tiba pandai urus kewangan sendiri. cari duit sendiri dan gembira bila dapat bagi mak & abah duit). alhamdulillah ala kulli hal.
9) kau takkan dapat tutup mulut orang & kau takkan dapat tutup telinga kau sentiasa. (jadi analoginya kita kenalah 'pekak'kan telinga kita sebab kita tak mampu 'bisu'kan mulut orang and let them talk sampai diorang penat.)
jadi tikar sejadah sahajalah yang setia menadah segala tangis serta ALLAH swt dan semua kehebatan asmaul husnanya yang aku sandarkan.
pesan kakak ( yang dah lebih 26 tahun makan garam ni) kepada adik-adikku :
1)Sandarlah pada DIA. Hatta, kau jatuh lutut berdarah sikit pun adulah pada DIA.
walau apa pun jadi . ALLAH swt uji sebab SAYANG. ( ulang sampai hadam dalam jasad & minda).
2) jadikan AL-QURAN tu kawan karib , BFF forever.
lepas baca ni ambil ALQURAN tu , peluk and cakap , kita BESTFRIEND tau!
3) Ada untuk diri sendiri. Kuat untuk diri sendiri.
Percayalah kalau kau tak mampu buat 2 tu. kau takkan mampu tolong orang lain.
sekian. terima kasih kerana membaca. (cakap kat diri sendiri.) haha
kalau ada tambahan, tulis la kat bawah tu. luahkan segalanya yang terpendam hahah.
No comments:
Post a Comment