Monday, 24 February 2014

Random II

assalamualaikum :)

another post pasal gambar and quotes yang berjaya menambat hati ini. amaran awal : sila jangan muntah kalau ade sikit ayat jiwang karat kat situ :D

dan jawapan aku adalah aku nak duduk kat sini seorang diri. sbb hanya kita kenal diri kita,hanya kita yang mampu merefleksi diri kita untuk kita and hanya kita yg nampak apa yang ada dalam otak dan hati kita. kalau aku rasa nak nangis, aku nangis je kat sini (itupun kalau takde orang la.tak rock la nangis depan orang). takpe kott nangis sbb nnt airmata cepat kering sbb kat tepi laut angin kuat.haha. and and kalau boleh aku nak reserve bench tu for the whole 2days. boleh tak? 1jam tak cukup!


diulang!BECAUSE THEY CARE! *awwww*
Describe me in 1 word!


YaAllah. those words really describe my feeling everytime i get excited. sangat!
kau bayangkan sebab kita dah banyak kali dikecewakan oleh janji-janji palsu, kita dah rasa malas nak express emosi happy kita depan orang. tu yang aku selalu and aku tgh rasa sekarang.
bila si A mesej, "nanti kita pegi pantai nak sabtu ni?"
kau akan... "bestnye. nak! nak!"
pastu kau letak phone kat tepi and mulalah bayangkan kau dan si A berkejar-kejaran tepi pantai, minum air kelapa, pastu borak tak hengat dunia, alangkah happynya korang  gelak2 ketawa.
*sambil  tersengih2 sensorang kat kipas siling*
pastu dah pikir dah baju ape nak pakai, walaupun ada 5 hari lagi nak ke hari sabtu tu.
pastu ttibe si A mesej hari khamis walaupun baju yang kau plan nak pakai tu dah tgantung siap gosok dahh "weh, tak jadilah sabtu nie. aku nak lepax umah, nenek kepada abah aku punya anak sedara punya kawan nak datang".
dan kau reply. "oo....k" (menaip sambil rasa jantung retak sejuta dan bagai dihiris)
*simpan baju dalam almari. masuk sekali dalam almari.nangis dalam almari*
pastu 4 hari kemudian si A mesej "wehh, esok jom gi Pantai"
kau pun jawab "ok"
esoknya, kau pakai tudung indon, baju selebet, seluar trek.
sampai pantai, A tanya "kau nape, cam takde mood je. happy arr sikit"
kau pun jawab "hehe" walaupun kau dah terbayang kau cekik2 die and timbus dalam pasir.
sbb aku berpengalaman dalam merasai perasaan ditindas oleh janji2 hipokrit nie, aku dah tak mampu nak tunjuk excited aku kat orang walaupun dalam hati berbunga2 cinta.
and aku selalu excited pada waktu yang salah and end up aku dah takde mood untuk masa yang sebetul2nya.
AKU BENCI JANJI DAN HARAPAN PALSU!
AKU DAH PENAT!

aku nie becok orangnya dah aku selalu disuruh diam.
dan bila aku diam semua orang akan tanya "kau kenapa? diam je. selalu tak camni"
aku akan jawab "takde pape, hehe" walaupun dalam hati "kau yang suruh aku diam, sayang intan payung"
dan kalau aku takde mood tu,
takyahlah tanye lebih2. tau tak selalunya orang diam ttibe nie sbb die nak waktu bsendirian?
kalau aku rasa aku perlu cerita, aku cerita, dont worry :)

yess! ill recite doa bangun tido first, capai phone and senyum sampai telinga. :)
and say "Terimakasih awak" *which probably will not happend to me* :D
dalam mimpi pun macam tak.
siapalah dagu di hatimu.
eh. dagu kat bawah mulut lah bukan kat hati! :D

sedang mencuba.
kerja-kerja membaiki mindset sedang dijalankan. kesulitan amat dikesali.
ehhmm. tapi kalau kita nangis dalam almari sensorang pastu buat biasa-biasa je walaupun hati sakit.
tu matang jugak ke cikguuu?

sebelum sayang orang lain sepenuh hati. sayanglah diri sendiri sepenuh2 hati dulu.
bukan sayang memanjakan tapi sayang melindungi.
kalau sayang memanjakan "alaa bosan la single ni. awak, yang ada hidung tu, jom couple"
 bila dah bosan " awak, break up jom!kau bukan untukku"
tapi kalau sayang melindugi pulak ialah dengan lindungi diri dengan ikut syariat Allah, tutup aurat, jaga pandangan. pastu kalau ada yang berkenan,
cakap "bro, jumpa abah gua dulu, gua nak lindung diri gua yang berharga nie sebab gua hiasan dunia yang terindah bukan pepasir di pantai tapi mutiara di dasar lautan" haa.
 sayang melindungi pulak berpanjangan. pastu dah jumpa abah gua misai lentik kening terangkat tu and abah gua macam dah tanda 'right' kat muka lu barulah boleh bawak rombongan cik nab (asik cik kiah je, bape banyak kali tersedak dah die).
pastu bercinta la korang. kbye. *bawa diri sorang2 :D


orang macam nie keje die menipu je. 
menipu sebab nak jaga  hati orang lain.
si anak bukak tudung saji ada telur mata satu.
pastu bukak periuk nasi ada nasi sejemput.
si anak tanye kat mak, "mak, mak dah makan ke belum?"
mak pun jawab "dah dah, mak masak 2telur tadi, mak dah makan satu, satu tinggal untuk mat, makanlah"
walaupun sebelum memasak td, si mak bukak peti ais ad sebiji telur je.
si mak nampak belakang anak yang berselera  tgh makan and tersenyum.
si mak amek periuk nasi, bawak gi belakang, korek periuk nasi n makan bebutir nasi yang masih tersisa.
"jadilah daripada tiada langsung, alhamdulillah"


kpochi dan memahami adalah dua perkataan yang berbeza.
sekian.






Thursday, 20 February 2014

the ambition.

assalamualaikum :)

mase sekolah rendah dulu-dulu pernah tak cikgu tanye?
"apa cita-cita kamu?"
pastu Batrisya Bt Ali angkat tangan "saya nak jadi cikgu, cikgu!"
Saraswathy pulak angkat tangan "saya nak jadi doktor, cikgu!"
Lim Ah Peng pulak angkat tangan "saya nak jadi polis, cikgu!"
lepastu kawan-kawan lain pulak bergilir-gilir bagitau sambil terloncat-loncat, cita-cita mereka.
cita-citanya pulak berputar tang tu jugak, xjadi cikgu, jadi polis, xjadi polis, jadi doktor dan seterusnya.

20tahun kemudian,
baru kita semua sedar yang kerjaya itu bukan 3 tu je,
ada eksekutif bank,jurupulih perubatan,juruukur bangunan, pustakawan dll.

tapi aku punya cita-cita masa dulu-dulu lah kann~
mohon jangan gelak,
nak gelak pun, sila tutup mulut okayh! :D

i want to be a newspresenter.
or in malay, Pembaca Berita, :D
sbb aku suka tengok kerjaya yang berkarisma,
pakai kot n blazer smart-smart pastu berlagak macho bace berita,

abah beli suratkhabar hari-hari,
jadi untuk menajamkan skill.
aku selalu pilih news best for that day
pastu bace news dalam paper tu kuat-kuat,
ikut intonasi pembaca berita yang dalam tv tuhh,
yang selalunya bermula dengan  tempat kejadian:
 Bentong: seorang kanak-kanak dipercayai............ 
(pehal gune nama tempat sendiri. haha)

pastu wan/nenek aku pun support aku walaupun tanpa sedar,
nenek aku rabun dekat, biasalah orang dah berumur kan, so die tak suka baca cerita panjang-panjang nie tapi die still nak tahu berita tu.haha. jadi die suruhlah cucu die sorang nie baca untuk die.
sbb aku minat, aku pun lakukannya dengan berbesar hati. ngeee~

aku nyatakan hasrat nie kat kaklong aku,
she was so supportive, and berkata,
"jadilah! nnt awak jadilah pembaca berita kat TV9 or Tv Alhijrah. sebab dorang pakai tudung".
haha. macam pembaca berita Tv lain tak pakai tudung kan?

tapi bila aku pk balik,
mungkin ada hikmahnya aku tak amek/tak dapat kos kewartananan or selari dengannya,
mungkin kalau aku jadi pembaca berita, satu hari tu aku terjatuh dengan ekstremnya sblm masuk bilik berita,
pastu mane tahu kot-kot masa siaran langsung berita tu aku tergelak teringatkan insiden tu. *merepek*
tapi waktu sekolah dulu,
aku pernah jadi wartawan ntahpape kat sekolah,
haha. jadi takdelah mengidam sangat! :D


tapi nampak gayanya,
macam terpesong je cita-cita itu,
takpelah,
next aim in life? nantikann!







Wednesday, 19 February 2014

random I

assalamualaikum w.b.t :)

bosan-bosan camnilah waktu yang sesuai nak menghupdate blog ini sbelum ianya menjadi non-active record yang boleh dihantar ke archive. (kepada coursemateku, kalau macam salah je proses rekod tu, abaikanlah eyh. :D)

saje je nak kongsi gambar2 nie yang aku duk scroll tanpa arah tapi berjaya menambat hati nurani ini,


kau rase manis ke tidak bile orang tu membebel-bebel n marah-marah kau pastu last sentence die "aku taknak apa-apa jadi kat kau. aku sayang kau". kalau aku mahu terdiabetes kat situ jugak. :D


okay nie aku rase boleh buat hati aku mencair bak aiskrim di musim kemarau haaa~
susah nak dapat orang yang memahami tanpa sebab nie. haha. walaupun satu patah pun kau tak gambarkan current perasaan kau tapi die boleh nampak. acane tuh? pakai magic ke? kalau akulah jumpe orang macamni aku akan tambat die kat bawah pokok belakang umah supaya die tak lari mana-mane. *psycho* :D

this is more adorable and cute compared to me *pehal kan? :D*
tengoklah muka bayi pink tu yang nak buat orang lain happy. omeyyy angat.
and tengok muka redha anjing tu. dalamhati die gamaknya "apeke hal la budak nie?"
tapi kau janganlah buat kat kawan kau cenggitu, sian kawan kau tuh, senget benget kau buat mulut die.

mungkin kalau aku hilang, 
aku gi holiday sorang-sorang kot *refer to previous post*
or maybe Allah dah tarik nyawa aku.
ampunkan salah silap saya ye semua. :")
i love you all :)

tu je. nnt kalau ada lagi, aku post lagi :) (aku ckp kat imaginary reader :D)





Friday, 14 February 2014

antara roh dan jasad.

Assalamualaikum w.b.t.
heeeee (senyum dalam paksa)

pernah tak korang terfikir macam nak lari dari semua benda,
and terasa macam nak melangkah ke satu tempat yang sekelilling kau adalah stranger?
best kan?
yang kat situ,
takkan ada yang terserempak ngan kau and tanya,
"eh aliah, buat apa kat sini?"
"sorang je ke?"
yang akan aku balas jawapan mereka dengan senyum malas
walau dalam hati
"saje, cari ketenangan"
"tak, aku ngan Allah n malaikat kiri kanan"

ini bukan pasal benci kat family ngan kawan2. bukan!
ini pasal nak merungkai ketenangan.
yang selama ni kita hanya boleh mengeluh panjang,
jadilah kan? walaupun tenang itu sekejap?

kadang-kadang orang marah kita mengeluh.
tapi bagi aku,
asal buat kita lega and buat semangat kita berkobar-kobar balik,
pun dah cukup.

kita seorang, tapi bersama roh and jasad kita,
bermonolog dengan diri,
kenal diri sendiri,
kita tanya, kita jawab,
tanpa ada orang yang sibuk mempengaruhi kita.

kita seorang,
bangun pagi,
gembira nak jalani hari,
bukan macam hari-hari lain,
bukak mata mindset negatif menerjah.
bukak pintu,
lalu disimbah terik matahari.
kali ini,
matahari itu tak menjengkelkan seperti selalu,
tarik nafas dalam-dalam, and tenang.
tapi selalunya,
hanya keluhan aduh buat sang mentari yang memancarkan cahayanya.
matahri indah, kau tak salah,
kau yang selama ini baik, aku tak sedar.
cuma aku yang berat nak menempuh hari.

melangkah keluar menimpa jalan-jalan asing,
namun tenang,
besar hati rasa nak meneroka tempat asing,
jejak yang tak bertapak bagai memanggil-manggil, riang.
tak seperti selalu,
tapak berat,
jejak semalam masih ada,
seperti tak mengalukan aku hari ini.

angin sepoi-sepoi bahasa,
mendodoi bagai dalam dakap ibu,
tenang.
senyum orang asing pengubat hati,
tak seperti selalu,
hadirnya senyuman itu bermotif,
luarannya indah, yang tersiratnya tidak.
tawa riang kanak-kanak asing,
menyenangkan.
tak seperti selalu,
baran mendidih tatkala sang kecil mengamuk,
tertekan apabila rengekan nyaring itu kedengaran.

meghela nafas panjang-panjang,
bagai menyedut segala yang menyesakkan otak dan minda.
menghembus nafas sesemangatnya,
bagai menghalau penyesak-penyesak itu keluar dan tak kembali.
tenang....

puas mencari ketenangan,
ditemani sang rembulan yang tak berbuat apa-apa,
namun hadirnya mendamaikan,
ingin sekali menjadi sepertinya,
dialu-alukan,
wujudnya membahagiakan,
hilangnya meresahkan.
menguakkan pintu kayu itu,
lalu berbaring menghadap sang rembulan,
lapang, tiada apa yang menghalang.
kali ini,
merefleksi diri,
menapis yang hitam, buang jauh-jauh,
sedang yang putih, ku simpan jadi banyak,
ditemani irama tenang sang cengkerik,
suara ombak memecah pantai,
riang ketawa mereka yang positif.
biar diri ini dibuai,
terawang-awang.

sang mentari kembali,
teriknya kali ini,
membawa semangat,
supaya,
meninggalkan sang hitam disini,
membawa yang putih bersama.
tinggalkan kau, wahai tempat asing,
dengan semangat baru.

tiba di syurga duniaku,
wajah-wajah mereka bersinar,
kata maaf tak putus dalam hati,
kesal kerana patahhati mereka terhadapku takpernah terkesan pada kasihsayangnya.
wajah-wajah itu,
kotak rahsiaku,
penyimpan dan peneman segala dukasuka,
wajah riang mereka.

terpandang sang rembulan,
bagai berkata "ingat janji-janji kita."
aku mengangguk tanda faham.
tersenyum keduanya.

kini,
jejak-jejak selalu,
seakan menjemput riang,
senyum mereka kurasakan lebih ikhlas,
ikhlas, dan jelas tanpa motif,
kalau  bukan, Husnuzhon sahaja aku mampu,
terima kasih Allah swt.
dunia ini meraikan kita,
jangan pernah putus asa,
alhamdulillah atas segalanya.

Thursday, 13 February 2014

A great weekend! alhamdulillah :)

assalamualaikum w.b.t

tujuan aku tulis post nie just nak share ngan korang pasal pengisian hujung minggu aku yang aku rasa sangatlah memberi impak  besar dalam hidup aku.

aku bukanlah orang yang pandai bab agama, tapii aku berusaha nak tambah ilmu dr ciputtt kepada yang dapat ubah my whole life. on 7th February, aku, kaklong, my bro-in-law and faiq btolak ke UTM yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. tujuannya adalah untuk mhadiri satu seminar or talk yang bertajuk "Protect This House" yang dianjurkan oleh sebuah NGO iaitu Almaghrib Institute. Organisasi ini sangatlah aktif dalam  menyebarkan dakwah serta memberi input berguna mengenai Islam di serata dunie ni termasuklah kat USA, Canada, UK,Indonesia, Singapore, Ireland, UAE, Australia and Sweden. Tenaga pengajar ataupun penceramahnya ada seramai 18 orang tapi untuk talk ni penceramah die berasal dari Manchester, iaitu Sheikh Abu Eesa Niamatullah, sila ke http://almaghrib.org/ untuk mengetahui secara lebih lanjut ye.

jujur, dulu aku tak pernah kisah pun pasal benda nie sebelum nie. sebenarnya it happend sbb kakak aku nie adalah salah sorg staff kat Pusat Islam UTP, and UTP has sponsored her and few students to take part in this seminar. She sent a message in our family's whatsapp and berkata "Kaklong rase sayang sangat antar student pegi program bagus2 tapi adik sendiri xbawak" and she asked Abah n mak to sponsor the fee untuk aku. Untuk sorang participant, harganya adalah RM250  which quite costly for me yang duk goyang kaki tanam anggur nie kan.Alhamdulillah Mak and Abah is really supportive.

seminar nie berlangsung selama 3hari which start dr Jumaat. Jumaat tu open for public, so, yang tak bayar fee pun boleh join. alhamdulillah hari jumaat tu Fullhouse smpai ada yang duk kat tangga.

After the 1st talk, baru sempat mendaftar as participant. Lepas korang dah enroll and byr the fee, korang akan dapat satu Student ID, alaa yang acah2 no matric tu lahhh. lepastu korang akan diberi student card yang berbar kod. Kad tu kena gantung kat leher  mcm Kad Matrik tu laa peranannya. pastu2 yang nie paling best, kita akan dapat Binder or Notes should i say. dalam tu adalah hadis2 sahih yang terdapat dalam Kitab AlAdab Al-Mufrad. Kitab AlAdab AlMufrad nie adalah collections of hadiths that has been compiled by Imam Bukhari. The content or the hadis is all about the everyday etiquette taught by the Prophet S.A.W.so, its all about adab atau etika yang patutnya ada dalam diri setiap muslim. cop! tapi nape name seminar nie protect the house? sebabnya ianya lebih kepada adab sesama ahli kelurga, dari adab anak-anak kepada parent, adab suami isteri dll. senang cakap, untuk keharmonian rumahtangga la gitu.

"Do what is beautiful. Allah loves those who do what is beautiful''
(Al-Baqarah:

Adab itu adalah fitrah yang cantik, perasaan yang indah,pemikiran yang baik dan yang melahirkan sikap yang baik. Beradablah sebab nanti Allah sayang :)



ni student card.

ni binder/notesnye :)
so the next day the seminar start at 8.30am. Bagusnya seminar nie sebab die sangat punctual :)kalau kata 8.30 am start, maka 8.30 am lah mulenye. untuk aku yang lambat bersiap and makan terhegeh2 nie kan, aku book tempat dulu letak our belonging kat the desired sit. pastu orang dah khusyuk dengar talk, aku n kaklong thegeh2 nak masuk dewan. haha. The talk is in english. nama pun penceramahnye dari Manchester kan, takkanlah nak ckp loghat utara pulak, ye dakk?

aku nie taklah berapa terer BI ni. so kena bagi 110% attention to the penceramah/instructors supaya takdelah tkial2 kalau missed few words kan? kalau tak tau jugak, silalah kacau orang sebelah dengan niat yang baik iaitu menanya maksudnye. macam yang aku buat kat kaklong aku. haha.



so let me kongsi beberapa hadis yang ada dalam binder buat ingatan kita bersama. :)

sejauh mana pentingnya menghormati dan mengasihi kedua ibubapa?ini hadisnya.

Abu 'Amr al-Shaybani said, "the owner of this house (and he pointed at the house of  'Abdullah b. Mas'ud r.a) said.'I asked the Prophet s.a.w"which action of of Allah, the mighty and exalted, is the most beloved to him?" he replied, "Prayer at its proper time"."then what" i asked. he said,"then being good to the parents."i asked,"then what?" he replied, "then jihad in the way of Allah." he added,' he told me about these things. if i had asked him to tell me more, he would have told me more" 

dan ini petikan dari Surah Al-Isra:23-24.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

apa pulak tanggungjawab ibubapa kepada anak2?

"No child is born except that they are upon a pure innate nature, it is then the parents who will either make the child a Jew, Christian or a Zoroatrian."
(Bukhari,1358)

anak-anak ibarat kain putih dan ibubapalah yang bertanggungjawab mewarnakannya.  Murabbi (parents) are the one who is responsible in giving Tarbiyyah(didikan) to Murabba(offsprings) to achieve Rabba(Lordship) 
to Allah.

Maintaining Ties of kinsip is really important aspect in our lives as stated in Hadiths below as it can ease our way to the Jannah.

on the authority of Abu Ayyub al-Ansari r.a who said, "A bedouin came to the prophet s.a.w whilst he was on the journey and asked.'Tell mewhat will bring me near to the garden and keep me away from the fire.'He replies,' worship Allah and do not associate anything with Him, establish the prayer, pay the alms-tax and maintain the ties of kinship."

Jubayr b. Mut'im r.a said that he heard the messenger of Allah s.w.t say 
" the one who breaks the ties of kinship will not enter paradise"

macamana pulak dengan hubungan antara suami dan isteri?

Semua orang nakkan calon teman hidup yang baik kan? sebab itu adalah faktor terbesar kita dapat bina keluarga yang sakinah kan?

 tapi here is little reminder for you especially for men: before you ask Allah to grant you a righteous wife, ask Allah to grant your wife a righteous husband. (deep kan??) and vice versa.

Rasulullah s.a.w  said :
"the best of you are those who are best to their wives (Ibn Majah,1978, Hasan)

Surah ArRuum ayat 21:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

anak-anak
anak-anak adalah amanah Allah yang Dia pertanggungjawabkan untuk menjadi legasi khalifah Allah di muka bumi ini. Anak-anak juga adalah saham akhirat untuk ibubapa. kalau benih yang tercambah dibajai dengan tarbiyah yang baik, tak mustahil anak-anak inilah yang membantu kita menuju SyurgaNya.

"When the sons of Adam passess away, his actions are closed down except for three; a continuous form of charity, something of knowldge by which others benefit from or a righteous  child who prays for him"
(Muslim)

Abu Hurairah  himself said:
"the one who passed away will move up in his position and he will say "O lord, what's going on?" it will be said to him.' your child sought forgiveness for you"
(al-adab al-mufrad,35)

lepastu ada topik mengenai Challenge of Islamic Parenting, pastu bilangan anak dan frequency which stated  that anak2 yang dilahirkan digalakkan selang 2-3tahun.lepastu  mengenai cara-cara mendidik anak mengikut peringkat2 umur,pastu pasal schooling issue; samada nak antar anak pegi Public school? private school? islamic school or Home schooling?

next topic pasal common mistakes made in parenting which include isu bagi anak2 main ipad, tgk tv secara kerap dan sebagainya. Sheikh Abu Eesa cakap jangan bagi anak2 main ipad or other elecronic device, because the scary part is bile anak2 berbicara pasal tv atau recent apps or games yang parent sendiri takpaham and takdapat kawal. bayangkan anak2 cakap ngan kawan2 die pasal erotic stuff tp parent tak tahu sbb hubungan antara anak2 dengan  ipad lebih rapat dari hubungan dengan ibubapa.

macamana nak bentuk disiplin anak?
antara salah satu caranya adlah merotan but but bear in mind yang spanking is allowed with conditions:

  • jangan rotan lebih dari 10 kali.
  • jangan rotan kat muka!
  • janagn rotan kat tempat2 sensitive eg:mata
  • jangan rotan berulang kali kat tempat yang sama.
  • jangan rotan waktu marah
  • kena explain kenapa kita rotan and warn them.
    • eg ;"ayah rotan sbb Ali  tak dengar cakap ayah, sebab Ali tak solat. jadi jangan buat lagi!"
  • berhenti rotan kalau mereka begging in the name of Allah.
    • if kita terus rotan, they will think that Allah izinkan/Allah tak sayang.
banyak lagi sebenarnya tapi ini je yang dapat dikongsi sbb yang lain kena fahamkan balik.aku rasa seronok attend seminar nie sbb pengurusannya sangat sistematik plus aku suka sorrounding and environment die. the venue and also the warmth and the keseronokan yang aku dapat lihat kat student2. sgt sarat dengan ukhuwah. bila jumpa sahabat2 dorang yang baru kenal, macam satu keluarga.paham tak? student seminar nie sangat teruja nak belajar sampai aku pun jadi teruja macam dorang. First time aku masuk dewan, aku disapa dengan keramahan strangers yang aku tak pernah kenal. pastu aku nampak budak kecil yang banyak kali offer tempat duduk die kat orang lain. which for me its really beautiful. setiap kali bselisih ngan orang lain, senyuman mekar tanpa paksa. pastu waktu tgh belajar, ad orang belakang pas-pas makanan supaya orang lain dapat rasa walaupun tu bekal dari rumah. hmmm masyaAllah, magnificent people.

among the students, ada beberapa orang artis yang attend jugak termasuklah Wardina Safiyyah, MizzNina, FarahDeeba, AliahLee, SharifahSofea, Eja dll.

Kepada pemuda-pemudi sahabathandai sekalian, rugilah kalau kita tak cari ilmu waktu kita tak terikat ngan mana2 komitmen berat macam sekarang. aku rasa aku bertuah sbb Allah bukak  hati aku nak attend and dekatkan diri dengan Majlis Ilmu camni. aku kesian plus kagum semangat ibu-ibu yang ada anak kecil untuk dapatkan ilmu Alquran n Hadis nie. ada ibu-ibu yang gendong anak sambil tangan pegang notes and pencil nak catit detail penting. pastu ada anak-anak yang takmoh diam lari sana lari sini, ibu-ibu ni pulak kejap2 letak notes and kejar anak. mana nak dengar talk, mana nak tengok anak kan? masyaAllah you are superwoman, moms!

mothers and their baby stroller.


tapi seminar nie alhamdulillah sediakan mother's room untuk ibu2 yang ada anak 3years n below and ada projector yg siar live dari dewan seminar. ada IhsanJunior Club jugak untuk kanak2. kat situ ada banyak aktiviti untuk kanak-kanak macam mencanting batik dll. aku rase nak join je IhsanJunior ni tapi apakan daya, eraku dah berlalu. hahaha. so, makayah boleh dengar talk, anak-anak ada aktiviti kat IhsanJunior club. Back to mother's room, aku dapatlah masuk bilik ini sbb aku ikut kaklong aku ngan faiq. First day tu, tak ramai orang tapi waktu 2nd day, ramai sangat ibuibu sampai aku pun jadi kekok dalam tu. orang pun pelik tgk aku xde anak tp ada kat mother's room. ikutkan hati mahu aku sauk teddybear faiq jd anak aku.hahaha. ada seorang kakak ni bawak beg luggage, aku pun pelik nape. rupe-rupenye dalam tu penuh mainan, tilam untuk anak2 die. nampak tak pengorbanan ibu yang nak menuntut ilmu tu?

suasana dalam mother's room:

faiq and his toytrain.

bila budakcute2 buat puppetshow kat depan, hilang fokus aku. hahaha.

Faiq and geng2nye.

my notes and the talk.

alhamdulillah. itu yang dapat dikongsi.selain menonton Oasis, Alhijrah, dan dengar ceramah ilmu dari ustaz and ustazah berkaliber di Malaysia ni apakata sekali-sekali cari ilmu lebih dengan maghadiri ceramah2 seperti ini.kan?
YaAllah permudahkanlah jalanku untuk mendekatiMU dan jadikanlah aku dalam kalangan orang yang tak jemu mencari ilmu. amiiin.



















Thursday, 30 January 2014

Hati yang terhijab.


Hatiku ini terhijab,
kau tak nampak apa isinya,
namun hati aku hanya aku yang rasa.
hentikanlah,
hentikanlah mentafsir melihat yang zahir,
sebab kadang-kadang yang tersirat itu indah,
yang tersembunyi itu tak menyakitkan kau,
senyum aku, tangis aku,
biar ditanggung aku seorang,
kau kata kau sayang, namun kau tambah luka,
luka dalam hati yang terhijab,
tak siapa nampak,
mengalirnya darah,
tak siapa sedar,
hati ini amanahku olehNYA,
aku takut ia tercemar dengan hasad sengki terhadap kau,
sebab aku sayang, aku simpan,
simpan dalam hati yang terhijab.

Sunday, 26 January 2014

Travelog si MabukDarat: Mesir Part II

Assalamualaikum wbt :)

lets continue our pengembaraan kat bumi Mesir yang indah ini :)

around 5am waktu mesir camtu kami bkumpul kat depan Hotel and solat jemaah kat depan lobby hotel (mengikut perancangannye kami kena bkumpul kat lobby pkl 3am sbb nak start mdaki untuk tgk sunrise) tapi dsebabkan ada yg tljk tdo, kami start mdaki waktu matahari dah naik) takkisahlahkan asal dpt jejak puncak tu :)

my family :) takyah cari aku dalam pict nie sbb aku photographernye :D

alhamdulillah dlm pukul 630 pg kami start berjalan. nak tau jarak die nak ke puncak? 22km tau tak! tp dsebabkan semangat juang dan rasa akan rugi kalau tak naik, kami ttp gagah mendaki! Malaysia Boleh! 

aku mendaki dengan penuh semangat bersama  2 sepupu and mektam ku yang tercinta. yang lain ntah mane ntah. ada yg ttinggal kat belakang, ada yang dah pecut dulu. kami coool je, steady je :D

dari kiri: yah(cousin), Mektam, Sofea (cousin).
ce nyanyi lagu tu sikit "sama-sama gunung didaki, sama-sama ..." :D
nak cakap memang tak boleh laa kan betape cantiknye pemandangan kat situ. subhanallah alhamdulillah allahuakbar je yang mampu diucap. so, meh layan je koleksi gamba2 ni. :) :






sesiapa yang macam dah tak larat nak mendaki tu bolehlah naik Unta ni. Harga die lebih kurang RM50 jugaklah.mula2 naik tu memang gayat, tapi bile dah pandai stabilkan diri, dont worry, it'll be okay :)



nak mendakinya tak la susah sbb kita rase macam jalan2 je sbb jalan die rata je bukan naik turun naik turun tapi quite mencabar sbb ada pemukaan dia berbatu2 kecil so kemungkinan nak terpeleot tu memang tinggi lagi2 kaki size 4 dan xstabil macam aku. heeeee~



kat sini perkataan yang seringkali diucap oleh pendaki2 amatur macam aku adalah "hadoiiihh rehat kejap rehat kejap" , "bile nak sampai nie" , "alaaa, jauh lagi lah" :D tapi yang penting kaki tetap melangkah :D
kat sini korang akan terserempak dgn foreigner macam korean, american, indonesian and others sbb kat puncak tu ada Gereja jugak. tapi despite the various religion, dorang nie tak lokek bagi semangat kat ktorang yang tengah mendaki nie, bile nampak aku yang termengah2 nie, dorang akan cakap,

 "hey you can do it",
 datang yg indonesian pulak, "kamu dari Malaysia  ya? kamu boleh, sikit sahaja lagi"
mak aku tserempak ngan korean siap boleh anyong2 lagi kat situ :D

sebab korang comel aku bagi hadiah video kat korang :D :


kat sini ada pitstop2 die, ade lebih kurang 7 pitsop kott. kat pitstop ni ada jual air mineral, maggi, hot chocolate dll. memang masyaALLAH best giler biler sejuk2 camtu dpt pekena maggi n hot chocolate kat situ. tapi harga die sgt  tinggi melambung. maggi atas gunung kott, mane nak cari. kalau maggi kat pitstop nie harganya RM 7.50 laa bsamaan 15 Gurneh.

haa~ nampak tak betape sedapnye smpai muncung2 makan :D
okay bile dah kenyang, yuk teruskan perjalanan ke puncak!! okay next path sebelm nak smapi puncak ni sgt mcbr sbb die mcm tangga yang quite curam yang dperbuat dr batu2 macam gambar bawah nie :

angin kat sini kuat plus sejuk so mmg thuyung-hayang bile mdaki tangga nie. so, kena berhati2 :) 
okay bawah nie pulak gambar2 aku amek waktu kat tangga2 tsebut and waktu nie aku rase nak jerit "ALIAH KAU DAH NAK SAMPAI PUNCAK!! :D waktu aku sampai sini nie around 10.30am.



nampak tak pokok hijau 2 batang tu? tu perkampungan Nabi Ilyas.
sepanjang mendaki, tu jelah pohon hijau yang ada kat  situ. subhanallah :)


after 30minutes mnaiki tangga diselangi rehat selang 5 minit akhirnya!!!!!!!

I'VE MADE IT!!!! 
(joget2 sin chan)

start mendaki around  6.30 am and smpai puncak dalam pukul 11am. okaylaaa kan 3hours and 30min utk pendakian spnjg 22km. :)


gambar2 bawah nie sume time atas puncak Tursina :)
beloved abah and adikku, shirot <3

aku dan shirot dan pemandangan magnificent ciptaan Allah :')

the zainal's! waktu ni ingat kan mak tak naik so kami bergambar berempat je laah.


l.o.v.e

akhirnya selepas 2hours tunggu, mak den smpai ke puncak dengan jayanya.
 this was her 2nd time naik, so mcm tak ralat sgt laa kalau tak naik.tp wanita bjiwa muda macam mak aku nie,
5kali pun sanggup naik walaupun she is the last to arrive :D Haa~ tgk tu, Peace siapp :D
mak pakai cenggitu dah rupe astronout dah. hihi. love u mak!

complete! pendaki2 the zainal's :)
sebenarnya kat atasni la Nabi Musa a.s berkhalwat or bermunajat kepada Allah. another moment yg rase nak nangis.. sbb aku kat tempat yang pernah dijejak Nabi Musa . Kat tursina ini jugaklah Nabi Musa a.s terima wahyu pertamanya.  dan, di gunung inilah Nabi Musa a.s telah membuat permintaan untuk melihat Allah s.w.t secara terus namun sewaktu Allah swt menampakkan diriNYA, gunung-ganang menjadi hancur lebur manakala Nabi Musa a.s jatuh pengsan.


Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman"
 (al-a'raf:143)

tu batu, nampak tak macam ada something atas batu tu? org kate, nie orang kate,
 batu ini adalah serpihan gunung yang hancur tu and kat atas batu itu adalah bayang2 pokok2.
 Allah swt yg tahu kebenarannya.



Bayangkanlah rase terharu sebak happy sume bercampur bak A.B.C.astaghfirullahalazim ampunkan segala dosa2 aku ya ALLAH. kecik sekecik2nya bile ada kat puncak tu. waktu ni dah tak ramai kat atas puncak sbb ramai dah turun n balik hotel, so ada hikmahnya smpai lambat sebab kita boleh solat kat tempat Nabi Musa bermunajat tu banyak kali. waktu aku naik, aku sempat wat solat sunat 2rakaat and alhamdulillah sbb tak ramai dah atas tu, aku bpeluang buat solat zohor. terima kasih Allah :')


aku, mektam n Pakteh's family  tgh tunggu giliran nak masuk tempat munajat Nabi Musa.

waktu ni, pagar hitam tu bermangga, so dengan kaki cramp duk mendaki, terpaksala memanjat. hihi.

aku n mektam selesai solat sunat. kat dalam ni kena solat duduk sbb tak cukup ruang nak bdiri.
kat dalam tempat Nabi musa bmunajat.
pastu kat atas ni ada gereja.

yang korean n omputih2 yg aku tserempak waktu nak mdaki tu, dorang gi sini la.
sebelum turun dari puncak, jom tangkap Family Photo!

aku, family aku, mektam and family pakteh :) family pakndak, family paklang and Yah
dah turun dulu.kalau tak dah complete dah.  :) yang batu2 abah aku bersandar tu adalah surau.
okay latarbelakang lain pulak.
okay around 2pm camtu kitorang turun untuk balik hotel. so dari kol 11 sampai pukul 2 aku duk situ.3 jam yang sangat bermakna :) okay, turun maknanya another 22km.fuhhh~ kat atas ni sangat sangat sejuk,  peti ais kat umah pun kalah. udahlee sejuk, angin kuat pulak tu.kesejukan yang melampau buat hidung cramp *ade ke hidung cramp?* sbb kite kena hirup udara yang sangat sejuk dan hingus pun kena dilap setiap mase. tissue kena bawak satu kotak tau. hihi. abah den punya topi dah melayang ke bawah sebab angin kuat sangat. badan pun dah menggigil, moh le kita turun.

adek den.

budak ini dan rehat selang 5mnt, bpisah tiada.



HotChoc at pitstop :) yummeyhh!


another family photo!








pastu around 5pm dah nak Maghrib tu baru sampai bawah, pastu naik van, masuk hotel and terus tidur. pastu terjaga around 1am baru tersedar xsolat maghribn isyak lg. nsib baik masih dalam keadaan musafir :)

esoknya kami berangkat pulang ke Ibrahimiyah and it takes another 24 hours okay?! sebenarnya it wont takes a day to arrive, tp dsebabkan Tursina nie bersempadan Palestin, so jalan yang dekat pantas ditutup atas faktor2 keselamatan. so, theres no choice :)

 sebelum balik, kami singgah dekat :

1)Lembu Samiri
patung anak lembu inilah yang telah menjadi sembahan kaum Nabi Musa.

nampak tak? 

ni gambar dari jarak dekat. pinjam google image punye. nak kena wat citation ke ? :D
2) Makam Nabi Harun a.s
Makam Nabi Harun nie terletak tak jauh dari lembu Samiri. 

yang orang duk beratur panjang tulah Makamye:)

cantikkan langit tu :) subhanallah.


3)12 mata air

"Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya , lalu kami berfirman: "pukullah batu itu dengan tongkatmu, lalu terpancarlah daripadanya 12 mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku kaum kamu telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi ini dengan membuat kerosakan" 
(albaqarah:60)

nampak tak garis banyak2tu? ada 12 kesemuanya. haa dr situ
 la air keluar tp now dah kering :)

4)Makam Nabi Soleh a.s

Kesayangan.

masing-masing tak melepaskan peluang masuk. alhamdulillah.

tu diaaa. rombongan cik kiah. :D

the cousins.yg ganjil kat situ, aku. yang sweater grey tu adik aku.
n yg lain is my cousin.

dan 24 hours kemudian, kami tiba di Ibrahimiyah........