mase sekolah rendah dulu-dulu pernah tak cikgu tanye?
"apa cita-cita kamu?"
pastu Batrisya Bt Ali angkat tangan "saya nak jadi cikgu, cikgu!"
Saraswathy pulak angkat tangan "saya nak jadi doktor, cikgu!"
Lim Ah Peng pulak angkat tangan "saya nak jadi polis, cikgu!"
lepastu kawan-kawan lain pulak bergilir-gilir bagitau sambil terloncat-loncat, cita-cita mereka.
cita-citanya pulak berputar tang tu jugak, xjadi cikgu, jadi polis, xjadi polis, jadi doktor dan seterusnya.
20tahun kemudian,
baru kita semua sedar yang kerjaya itu bukan 3 tu je,
ada eksekutif bank,jurupulih perubatan,juruukur bangunan, pustakawan dll.
tapi aku punya cita-cita masa dulu-dulu lah kann~
mohon jangan gelak,
nak gelak pun, sila tutup mulut okayh! :D
i want to be a newspresenter.
or in malay, Pembaca Berita, :D
sbb aku suka tengok kerjaya yang berkarisma,
pakai kot n blazer smart-smart pastu berlagak macho bace berita,
abah beli suratkhabar hari-hari,
jadi untuk menajamkan skill.
aku selalu pilih news best for that day
pastu bace news dalam paper tu kuat-kuat,
ikut intonasi pembaca berita yang dalam tv tuhh,
yang selalunya bermula dengan tempat kejadian:
Bentong: seorang kanak-kanak dipercayai............
(pehal gune nama tempat sendiri. haha)
pastu wan/nenek aku pun support aku walaupun tanpa sedar,
nenek aku rabun dekat, biasalah orang dah berumur kan, so die tak suka baca cerita panjang-panjang nie tapi die still nak tahu berita tu.haha. jadi die suruhlah cucu die sorang nie baca untuk die.
sbb aku minat, aku pun lakukannya dengan berbesar hati. ngeee~
she was so supportive, and berkata,
"jadilah! nnt awak jadilah pembaca berita kat TV9 or Tv Alhijrah. sebab dorang pakai tudung".
haha. macam pembaca berita Tv lain tak pakai tudung kan?
tapi bila aku pk balik,
mungkin ada hikmahnya aku tak amek/tak dapat kos kewartananan or selari dengannya,
mungkin kalau aku jadi pembaca berita, satu hari tu aku terjatuh dengan ekstremnya sblm masuk bilik berita,
pastu mane tahu kot-kot masa siaran langsung berita tu aku tergelak teringatkan insiden tu. *merepek*
tapi waktu sekolah dulu,
aku pernah jadi wartawan ntahpape kat sekolah,
haha. jadi takdelah mengidam sangat! :D
tapi nampak gayanya,
macam terpesong je cita-cita itu,
takpelah,
next aim in life? nantikann!
No comments:
Post a Comment