Thursday, 13 February 2014

A great weekend! alhamdulillah :)

assalamualaikum w.b.t

tujuan aku tulis post nie just nak share ngan korang pasal pengisian hujung minggu aku yang aku rasa sangatlah memberi impak  besar dalam hidup aku.

aku bukanlah orang yang pandai bab agama, tapii aku berusaha nak tambah ilmu dr ciputtt kepada yang dapat ubah my whole life. on 7th February, aku, kaklong, my bro-in-law and faiq btolak ke UTM yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. tujuannya adalah untuk mhadiri satu seminar or talk yang bertajuk "Protect This House" yang dianjurkan oleh sebuah NGO iaitu Almaghrib Institute. Organisasi ini sangatlah aktif dalam  menyebarkan dakwah serta memberi input berguna mengenai Islam di serata dunie ni termasuklah kat USA, Canada, UK,Indonesia, Singapore, Ireland, UAE, Australia and Sweden. Tenaga pengajar ataupun penceramahnya ada seramai 18 orang tapi untuk talk ni penceramah die berasal dari Manchester, iaitu Sheikh Abu Eesa Niamatullah, sila ke http://almaghrib.org/ untuk mengetahui secara lebih lanjut ye.

jujur, dulu aku tak pernah kisah pun pasal benda nie sebelum nie. sebenarnya it happend sbb kakak aku nie adalah salah sorg staff kat Pusat Islam UTP, and UTP has sponsored her and few students to take part in this seminar. She sent a message in our family's whatsapp and berkata "Kaklong rase sayang sangat antar student pegi program bagus2 tapi adik sendiri xbawak" and she asked Abah n mak to sponsor the fee untuk aku. Untuk sorang participant, harganya adalah RM250  which quite costly for me yang duk goyang kaki tanam anggur nie kan.Alhamdulillah Mak and Abah is really supportive.

seminar nie berlangsung selama 3hari which start dr Jumaat. Jumaat tu open for public, so, yang tak bayar fee pun boleh join. alhamdulillah hari jumaat tu Fullhouse smpai ada yang duk kat tangga.

After the 1st talk, baru sempat mendaftar as participant. Lepas korang dah enroll and byr the fee, korang akan dapat satu Student ID, alaa yang acah2 no matric tu lahhh. lepastu korang akan diberi student card yang berbar kod. Kad tu kena gantung kat leher  mcm Kad Matrik tu laa peranannya. pastu2 yang nie paling best, kita akan dapat Binder or Notes should i say. dalam tu adalah hadis2 sahih yang terdapat dalam Kitab AlAdab Al-Mufrad. Kitab AlAdab AlMufrad nie adalah collections of hadiths that has been compiled by Imam Bukhari. The content or the hadis is all about the everyday etiquette taught by the Prophet S.A.W.so, its all about adab atau etika yang patutnya ada dalam diri setiap muslim. cop! tapi nape name seminar nie protect the house? sebabnya ianya lebih kepada adab sesama ahli kelurga, dari adab anak-anak kepada parent, adab suami isteri dll. senang cakap, untuk keharmonian rumahtangga la gitu.

"Do what is beautiful. Allah loves those who do what is beautiful''
(Al-Baqarah:

Adab itu adalah fitrah yang cantik, perasaan yang indah,pemikiran yang baik dan yang melahirkan sikap yang baik. Beradablah sebab nanti Allah sayang :)



ni student card.

ni binder/notesnye :)
so the next day the seminar start at 8.30am. Bagusnya seminar nie sebab die sangat punctual :)kalau kata 8.30 am start, maka 8.30 am lah mulenye. untuk aku yang lambat bersiap and makan terhegeh2 nie kan, aku book tempat dulu letak our belonging kat the desired sit. pastu orang dah khusyuk dengar talk, aku n kaklong thegeh2 nak masuk dewan. haha. The talk is in english. nama pun penceramahnye dari Manchester kan, takkanlah nak ckp loghat utara pulak, ye dakk?

aku nie taklah berapa terer BI ni. so kena bagi 110% attention to the penceramah/instructors supaya takdelah tkial2 kalau missed few words kan? kalau tak tau jugak, silalah kacau orang sebelah dengan niat yang baik iaitu menanya maksudnye. macam yang aku buat kat kaklong aku. haha.



so let me kongsi beberapa hadis yang ada dalam binder buat ingatan kita bersama. :)

sejauh mana pentingnya menghormati dan mengasihi kedua ibubapa?ini hadisnya.

Abu 'Amr al-Shaybani said, "the owner of this house (and he pointed at the house of  'Abdullah b. Mas'ud r.a) said.'I asked the Prophet s.a.w"which action of of Allah, the mighty and exalted, is the most beloved to him?" he replied, "Prayer at its proper time"."then what" i asked. he said,"then being good to the parents."i asked,"then what?" he replied, "then jihad in the way of Allah." he added,' he told me about these things. if i had asked him to tell me more, he would have told me more" 

dan ini petikan dari Surah Al-Isra:23-24.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

apa pulak tanggungjawab ibubapa kepada anak2?

"No child is born except that they are upon a pure innate nature, it is then the parents who will either make the child a Jew, Christian or a Zoroatrian."
(Bukhari,1358)

anak-anak ibarat kain putih dan ibubapalah yang bertanggungjawab mewarnakannya.  Murabbi (parents) are the one who is responsible in giving Tarbiyyah(didikan) to Murabba(offsprings) to achieve Rabba(Lordship) 
to Allah.

Maintaining Ties of kinsip is really important aspect in our lives as stated in Hadiths below as it can ease our way to the Jannah.

on the authority of Abu Ayyub al-Ansari r.a who said, "A bedouin came to the prophet s.a.w whilst he was on the journey and asked.'Tell mewhat will bring me near to the garden and keep me away from the fire.'He replies,' worship Allah and do not associate anything with Him, establish the prayer, pay the alms-tax and maintain the ties of kinship."

Jubayr b. Mut'im r.a said that he heard the messenger of Allah s.w.t say 
" the one who breaks the ties of kinship will not enter paradise"

macamana pulak dengan hubungan antara suami dan isteri?

Semua orang nakkan calon teman hidup yang baik kan? sebab itu adalah faktor terbesar kita dapat bina keluarga yang sakinah kan?

 tapi here is little reminder for you especially for men: before you ask Allah to grant you a righteous wife, ask Allah to grant your wife a righteous husband. (deep kan??) and vice versa.

Rasulullah s.a.w  said :
"the best of you are those who are best to their wives (Ibn Majah,1978, Hasan)

Surah ArRuum ayat 21:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

anak-anak
anak-anak adalah amanah Allah yang Dia pertanggungjawabkan untuk menjadi legasi khalifah Allah di muka bumi ini. Anak-anak juga adalah saham akhirat untuk ibubapa. kalau benih yang tercambah dibajai dengan tarbiyah yang baik, tak mustahil anak-anak inilah yang membantu kita menuju SyurgaNya.

"When the sons of Adam passess away, his actions are closed down except for three; a continuous form of charity, something of knowldge by which others benefit from or a righteous  child who prays for him"
(Muslim)

Abu Hurairah  himself said:
"the one who passed away will move up in his position and he will say "O lord, what's going on?" it will be said to him.' your child sought forgiveness for you"
(al-adab al-mufrad,35)

lepastu ada topik mengenai Challenge of Islamic Parenting, pastu bilangan anak dan frequency which stated  that anak2 yang dilahirkan digalakkan selang 2-3tahun.lepastu  mengenai cara-cara mendidik anak mengikut peringkat2 umur,pastu pasal schooling issue; samada nak antar anak pegi Public school? private school? islamic school or Home schooling?

next topic pasal common mistakes made in parenting which include isu bagi anak2 main ipad, tgk tv secara kerap dan sebagainya. Sheikh Abu Eesa cakap jangan bagi anak2 main ipad or other elecronic device, because the scary part is bile anak2 berbicara pasal tv atau recent apps or games yang parent sendiri takpaham and takdapat kawal. bayangkan anak2 cakap ngan kawan2 die pasal erotic stuff tp parent tak tahu sbb hubungan antara anak2 dengan  ipad lebih rapat dari hubungan dengan ibubapa.

macamana nak bentuk disiplin anak?
antara salah satu caranya adlah merotan but but bear in mind yang spanking is allowed with conditions:

  • jangan rotan lebih dari 10 kali.
  • jangan rotan kat muka!
  • janagn rotan kat tempat2 sensitive eg:mata
  • jangan rotan berulang kali kat tempat yang sama.
  • jangan rotan waktu marah
  • kena explain kenapa kita rotan and warn them.
    • eg ;"ayah rotan sbb Ali  tak dengar cakap ayah, sebab Ali tak solat. jadi jangan buat lagi!"
  • berhenti rotan kalau mereka begging in the name of Allah.
    • if kita terus rotan, they will think that Allah izinkan/Allah tak sayang.
banyak lagi sebenarnya tapi ini je yang dapat dikongsi sbb yang lain kena fahamkan balik.aku rasa seronok attend seminar nie sbb pengurusannya sangat sistematik plus aku suka sorrounding and environment die. the venue and also the warmth and the keseronokan yang aku dapat lihat kat student2. sgt sarat dengan ukhuwah. bila jumpa sahabat2 dorang yang baru kenal, macam satu keluarga.paham tak? student seminar nie sangat teruja nak belajar sampai aku pun jadi teruja macam dorang. First time aku masuk dewan, aku disapa dengan keramahan strangers yang aku tak pernah kenal. pastu aku nampak budak kecil yang banyak kali offer tempat duduk die kat orang lain. which for me its really beautiful. setiap kali bselisih ngan orang lain, senyuman mekar tanpa paksa. pastu waktu tgh belajar, ad orang belakang pas-pas makanan supaya orang lain dapat rasa walaupun tu bekal dari rumah. hmmm masyaAllah, magnificent people.

among the students, ada beberapa orang artis yang attend jugak termasuklah Wardina Safiyyah, MizzNina, FarahDeeba, AliahLee, SharifahSofea, Eja dll.

Kepada pemuda-pemudi sahabathandai sekalian, rugilah kalau kita tak cari ilmu waktu kita tak terikat ngan mana2 komitmen berat macam sekarang. aku rasa aku bertuah sbb Allah bukak  hati aku nak attend and dekatkan diri dengan Majlis Ilmu camni. aku kesian plus kagum semangat ibu-ibu yang ada anak kecil untuk dapatkan ilmu Alquran n Hadis nie. ada ibu-ibu yang gendong anak sambil tangan pegang notes and pencil nak catit detail penting. pastu ada anak-anak yang takmoh diam lari sana lari sini, ibu-ibu ni pulak kejap2 letak notes and kejar anak. mana nak dengar talk, mana nak tengok anak kan? masyaAllah you are superwoman, moms!

mothers and their baby stroller.


tapi seminar nie alhamdulillah sediakan mother's room untuk ibu2 yang ada anak 3years n below and ada projector yg siar live dari dewan seminar. ada IhsanJunior Club jugak untuk kanak2. kat situ ada banyak aktiviti untuk kanak-kanak macam mencanting batik dll. aku rase nak join je IhsanJunior ni tapi apakan daya, eraku dah berlalu. hahaha. so, makayah boleh dengar talk, anak-anak ada aktiviti kat IhsanJunior club. Back to mother's room, aku dapatlah masuk bilik ini sbb aku ikut kaklong aku ngan faiq. First day tu, tak ramai orang tapi waktu 2nd day, ramai sangat ibuibu sampai aku pun jadi kekok dalam tu. orang pun pelik tgk aku xde anak tp ada kat mother's room. ikutkan hati mahu aku sauk teddybear faiq jd anak aku.hahaha. ada seorang kakak ni bawak beg luggage, aku pun pelik nape. rupe-rupenye dalam tu penuh mainan, tilam untuk anak2 die. nampak tak pengorbanan ibu yang nak menuntut ilmu tu?

suasana dalam mother's room:

faiq and his toytrain.

bila budakcute2 buat puppetshow kat depan, hilang fokus aku. hahaha.

Faiq and geng2nye.

my notes and the talk.

alhamdulillah. itu yang dapat dikongsi.selain menonton Oasis, Alhijrah, dan dengar ceramah ilmu dari ustaz and ustazah berkaliber di Malaysia ni apakata sekali-sekali cari ilmu lebih dengan maghadiri ceramah2 seperti ini.kan?
YaAllah permudahkanlah jalanku untuk mendekatiMU dan jadikanlah aku dalam kalangan orang yang tak jemu mencari ilmu. amiiin.